Blog hambar abadi

Aku dah tak tahu nak update apa kat blog hambar abadi ni sebenarnya. ni pun terdetik nak bukak sebab Amin asyik mention pasal blog aku lately. siot betul. dibahannya gua cukup cukup sejak dia tahu gua berblog!

aku plan masa Ramadhan haritu banyak gak la entry aku nak post sebenarnya. iftar sana iftar sini. makan dalam dulang sana, makan dalam dulang sini. tapi setakat plan je la, maklumla Ramadhan kan, aku sibuk beribadat la. takde masa aku nak sign in blog ni deh. *senyum sinis*

jadi memandangkan Ramadhan pun dah setel, Syawal pun dah nak masuk raya ke 13, cun gak aa kalau aku share pasal raya en en? tapi lek lu.. aku tengah busy lagi ni dengan hal duniawi. bila bila aku senang aku sibukkan diri dengan hal alam maya ni pula okay? mungkin malam nanti ke, esok ke lusa ke, tulat ke, okay? eceh tanya okay ke tak macam engkorang kisah. aahh sudahla. bye.