Ketika gua menaip "Ketika" untuk entry ini jam di tangan menunjukkan pukul 2.01 minit pagi. Ye gua tidur sambil pakai jam. Camtaek kan perangai? Gua sebenarnya kurang sihat. Asyik sakit kepala sampai rasa nak hantuk kat dinding. Mengantuk tapi tak boleh tidur. Ramai sebenarnya teman teman dan sahabat handai menasihatkan agar tidur awal kerana berasa khuatir dan risau dengan kondisi gua. K tipu sebenarnya.
Ekceli gua ada misi, misi untuk membesarkan lagi lebam di bawah mata ni. Bukan apa, nanti boleh jadi punching bag untuk sesapa yang memerlukan. tsk..tsk..
*Gua guna saya. Maseh..
Sudah hampir seminggu wan(nenek/opah/nenek/nanny) saya terlantar di hospital. Tak ada kaitan dengan adelle. Sekian. tsk..tsk.. Baiklah, tempoh hari beliau dioperate. Selepas tu hari hari kena dialisis. Berat betul mata saya memandang, tapi saya tahu berat lagi badan beliau menanggung semua tu. Dah tak sanggup rasanya saya tengok hari hari doktor kasi injection, ambil darah beliau, bagi makan ubat pahit banyak banyak, kene pantang bila makan, ee macam macamlah. Tapikan, tapikan saya kagum dengan semangat beliau. Walau sakit macam manapunlah wan saya sorang ni, dia mesti senyum. Muka beliau sweet gila bila senyum. Ya Allah, saya rasa kat hospital tu kalau ada anugerah pesakit paling ceria mesti wan saya johan. Wan jarang merungut. Sekejap, kenapa saya rasa macam tengah karang esei bertajuk "Kisah Wan saya" ? ahh pedulikan.. saya sangat emosional bab bab begini.
Wan.. haih kalaulah wan boleh baca apa yang saya taip ni, saya nak sangat wan tahu yang saya sayang beliau dan kalaulah saya boleh ganti tempat beliau, saya sanggup. Walaupun umum tahu betapa saya bermusuh dengan objek bernama "ubat", tak apa. Saya akan paksa diri saya telan benda jadah tu asalkan wan dapat sihat macam dulu, dapat makan makanan sedap sedap macam dulu. Ini betul, saya ikhlas.
Bagaimanapun, saya tahu sebarang ketentuan adalah hak Allah. Sabar dan Redha akan pemberianNya adalah tanda kesyukuran.
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Wow! See!!! Subhanallah free free je segala dosa kita insyaAllah diampunkan. Lihatlah kasih sayang Allah pada hambanya. No Muslim suffers for nothing. Bila diturunkan penyakit kita berpeluang untuk bermuhasabah diri dan jika kita rasa kita sudah cukup sakit, ingatlah ada lagi insan lain yang menanggung derita penyakit yang lebih teruk dari kita. And...Please don't ever complain of sickness.
"Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi". (HR. Muslim no. 2575).
Setiap penyakit ada ubatnya. Mulakan dengan keyakinan dan azam yang kuat kepadaNya. Allah yang menurunkan ujian yang telah ditetapkan dan Allah juga yang menyembuhkan. Bersabarlah dengan kesakitan kerana itulah bukti cinta Allah untuk menggugurkan dosa dosa kita. Wah..terharu saya baca. Benarkah saya yang taip ni? :") Assalamualaikum.
p/s: Doakan wan saya cepat sembuh. InsyaAllah, amin...