Cerita dalam kelas: Bhg satu.


"Today, I want all of you to introduce yourself in front of the class."  kata seorang lecturer gua yang boleh tahan cunnya.

Erghh gua kalau part memperkenalkan diri ni memang fobia. Terus  penyakit parkinson gua datang. Ikutkan gua lebih rela dipaksa tenung gambar Dr. Rozmey lama lama daripada kena berdiri kat depan kelas cerita pasal riwayat hidup gua.

"Bismilahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t. My name is Akmal Adibah Binti Ahmad Tarmizi. Just call me Diba. Im from Kajang, Selangor. I have 4 siblings, I'm the eldest and... the only girl. The reason why I chose CFS IIUM is because....it only takes 20 minutes from Kajang" kata gua sambil buat muka biawak.

Gua tak pakai tudung.
"Hmm... ouh no wonder, err thank you Diba," jawab lecturerku.

p/s: Sekarang ni kalau nak pergi tandas basuh tupperware untuk tanak maggie pun kena bawak kunci. Kalau tak gua akan dikurung di luar pintu oleh roomate dan dipaksa untuk menyanyikan lagu CFS IIUM sekuat kuatnya. Gua tak kisah part nyanyi tu cuma gua risau ada sister keluar baling kasut dengan loker kat gua sebab tak tahan dengar suara gua yang macam beruk sembelit tu. Pheww betul betul tempah bilik kat Hospital Universiti diorang ni. Camtaek!