Diari Ramadhan Gua: Part 3



Iftar Jama'ie Study Circle UIA PJ

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful! Assalamualaikum people! 

                                           

Untung jadi I ni, tetiap hari ada jemputan iftar. Alhamdullilah, seronok dapat berbuka ramai ramai ni.  At least, terubatlah sikit perasaan rindu kat kampung halaman. Puih. Kalau mama baca ni mesti dia pengsan lepastu bangun balik, lepastu baca balik then pengsan balik. HAHA kalau dah tetiap weekend aku balik rumah nak rindu apanya woi?! HEHE HEHE

Rabu itu hari, ada iftar dengan group Study Circle I. Eh Study Circle tu apa woi? Study Circle tu ialah ermm Belajar Bulat. HEHE HEHE kelakar tak?  

Okey okey. Study Circle ni ialah Usrah. Usrah tu apa woi? Usrah itu dari segi bahasa Inggerisnya ialah 'Family'. Dari segi istilah bahasa malay nya pula ialah sebuah medan untuk proses pembentukan individu muslim. Kenapa di Uia kita guna istilah Study Circle tak guna Usrah, ahh sudah jangan tanya I, ini semua arahan kerajaan. Eh comel pulak bila I explain tentang fakta. Rasa macam dewasa. HEHE HEHE

Okey, kali ni punya iftar special sikit sebab jemputan ni hanya untuk 4 sister daripada 12 orang 1 group. HEHE HEHE save bajet I untuk  berbuka haritu. 

Tu Naqibah, tu Fatihah, tu Kak Ain, yang lagi satu tu entah lah tak tahulah sape entah. 

Haishh nasi belum habis tuang lagi tu nampak sikit.
Study Circle UIA PJ.