surprise surprise!

seperti yang telah aku khabarkan pada entry yang lepas, 27 february yang lalu ialah hari terberanaknya papanda tercinta. memandangkan birthday beliau jatuh pada hari rabu tak dapatlah kami sekeluarga menyambut birthday beliau secara official sebab gua di college, anwar dan arief pun di asrama. omg so sad.

tapi tapi tapi, mama aku ni kan memang terkenal dengan agenda agenda comel dia. so dia pun plan lah nak buat surprise untuk birthday papa masa hari jumaat sebab anwar dan gua balik rumah kecuali... arief. arief susah sikit nak balik sebab asrama dia jauh ke hujung malaysia. cis! shian adik gemuk saya =( 

cerita dia macam ni, tetiap kali semua kumpul kat rumah, papa mesti bawak dinner luar. so malam tadi, mama acah acah mintak papa belanja kat horizon garden restaurant, bandar baru bangi. tak pepenah mama ngengada mintak belanja tau sebelum ni. selalu releks je ikut plan papa. hehe dalam kereta papa dah start serba salah sebab nak makan situ sepatutnya wajib buat reservation a few days before. tapi disebabkan tanak mama gua ni touching papa bawakkan je lah. kahkahkah 


sebenarnya mama dah plan benda ni seminggu sebelum birthday beliau lagi dengan bantuan aku dan kakak sedara aku yang sporting gila habis! so sesampai je, papa pun pergilah ke counter nak tetanya mende alah semua lah, tapi waiter tu terus je suruh dia duduk. hehe masa tu dia dah start syak ni semua plan mama tau lelagi bila dia tengok meja dah siap reserve. kahkahkah dia pun apa lagi acah acah memalu kucing la terus cecubit mama! kiteorang pun gegelakkan dia sebab dalam kereta tadi dia dah kemain risau takut tak dapat bawak kiterang makan kat situ. awww :")

memalu kucing ke? 

tengah sibuk gegelakkan dia, tetiba lagu "Happy Birthday" berkumandang di segenap ruang restoran sambil dua tiga orang waiter keluar bawak kek. lagi lah merah padam muka dia sebab papa aku ni memang terkenal dengan sikap serius dan pemalu tahap 6 tahu?! hehe sebab tulah perangai dia tu turun ke aku. eh?

happy birthday papa =)

kejap ni birthday siapa sebenarnya?

confused -,-

still confused -,,-


gambar hiasan



love you both <3



le cousin izzat and my lil bro afif =) 





amsyar suka rosakkan gambar!

okay birthday card comel ni gua yang buat okay

faham tak gambar ni epik gila? 

anwar acah acah handsome
ehh?

okay smile =)

kalau nak tahu amsyar memang dari dulu dengki dengan gua!


tapi pandai acah acah sayang! cis! pura pura ni!

kejap beg besar gedabak ni bukan sengaja bawak eh, tapi sebab nak sorok bebarang ni!



oppss kejap. belum habis cerita lagi. lepas papa dapat surprise, mama pulak dapat another surprise from my sis ni. thank you kaktyl! malam tadi punya makan semua dia belanja! ahh terharu much! we love you.


and papa HAPPY BIRTHDAY! may Allah bless you! oh ya video yang aku buat tu, hehari dia tengok kat office. kehkehkeh :"D