cuti sem dua minggu ni, memang gua manfaatkan habis habisan dengan membina lemak. ingat rerakan seperjuanganku. gunakanlah cuti sem yang tak berapa nak panjang sentimeter nya ni sebagai medium dan medan untuk kau perjuangkan kembali hak makan, tidur, berehat, berhibur dan menonton episod running man yang berlambak kau dah tertinggal sepanjang 4 bulan kau bertapa dengan buku tu. eceh~ kau apahal kerut kerut kening tu? jangan buang masa lagi! qada la mana yang patut! selagi masih sempat ni! kang menyesal padan muka hengkau!
hek eleh
ni aku nak cerita ni.
pada suatu petang, masa tu tengah guruh. tetibe aku rasa bersalah gila pasal baru aku sedar yang dah terlalu lama rupanya aku berkubang dalam bilik melangok depan laptop layan cerita korea. oh ya cerita baby and me kalau tak silap. hero dia alaahai si Geun Seok tu. masuk tu dah tiga kali aku tengok cerita tu. kahkahkah tak tahulah mana dapat simptom bengap suka ulang tayang cerita yang sama. engko jangan contohi aku.
sila masuk dalam peti ais secepat yang mungkin, takut engkau cair. kehkeh
jadi sebagai menantu idaman malaya, aku pun pasanglah niat untuk berubah. untuk buat sesuatu yang lebih mulia. setakat dua minggu ni aku perasan benda paling mulia yang aku buat ialah memasukkan kain dalam mesin basuh dan tekan start. oleh itu, aku berazam untuk menjadi yang lebih mulia dari itu! heh!
aku keluar dari bilik, rumah gelap. guruh kat luar macam ajak bergaduh pun ada. aku intai luar tingkap kereta parents aku tak de. jantung aku dah laju gila. risau mana parents aku hilang? kene kidnap ke hape? tetibe kilat berdentum! Tuuummm!!! cis baru aku teringat yang dorang balik kampung tengahari tadi. jadi aku pun pergilah mandi sesiap hehensem sebab aku ingat petang tu aku nak buat amal jariah sikit. pergi bersedekah kat bebaby yang ada kat taska mama. bukan lah sedekah susu ke hape. sedekah senyuman la. hek eleh baby kot?! kau nak expect aku sedekah apa?!
petang tu aku pakai baju kurung. tetibe aku rasa macam hensem aku lain macam sikit. jadi tanpa membuang masa aku pun pergi lah tepi tingkap berself cam sepose dua. memandangkan takde orang kat rumah, lagi rancaklah aku bergambar. bila aku usha usha balik gegambar aku, haih memang tak syak lagi kenapa aku menjadi rebutan para ibu mertua di luar sana. kacak betul! rasa macam nak jatuh cinta dengan diri sendiri pun ada! aherherher rasa macam dah out topic kan? okay mari kembali ke jalan yang benar.
dekat setengah jam jugaklah aku bergambar. aku pun ambiklah kunci kereta dan terus melangkah keluar tanpa menoleh ke belakang. haa nampak tak punya bersemangat dengan azam yang baru dicipta petang tadi tu. tak kisah la hujan ribut petir melanda aku nekad untuk meneruskan misi itu! baru je bukak pagar tetibe kereta parents aku muncul macam magic! nasib baiklah masatu aku tengah comel, dibantainya kalau masatu aku baru keluar bilik dengan tak mandi, rambut bersepah macam bulu ketiak engkau, tersengih sengih macam kerang wangi?! bayangkan?!
fuhh... dorang turun je dari kereta, hidung aku dapat tangkap satu bau yang memang erghhh payah la aku nak terangkan! senang cerita aku bau kfc! kfc woi! tengah hujan pulak. siapa tak lapar masa tengah hujan, engko pergi menetap kat pluto la woi. kahkahkah! woi kelakar tak? gelaklah aku buat lawak ni do!
dipendekkan cerita, aku pun cabut balik kunci kereta, masuk rumah bukak kfc makan sambil tengok cerita korea My Little Bride. kahkahkah memang lawak la cerita tu. aku punya gelak sampai tersembur sembur ayam tu! kahkahkah!!!
pejam celik pejam celik pejam pejam celik, rupanya dah setahun aku memegang status pelajar cfs iium. setahun yang lepas, aku tak pernah terbayang setahun kemudian aku masih adibah yang wujud setahun yang dulu.
oh ya, kau dah rugikan 5 minit dalam hidup kau hanya untuk membaca entry bebal ni. sekarang padan muka engkau.