silat oh silat

Assalamualaikum comel comel sekalian...
Ehh jap, hey kamu! yang tak comel tu, sila jawab salam saya sekarang! okebagus.

Oh yee, sebelum tu nak bagitahu..
aku masih lagi berkabung atas kemangkatan fesbuk lama aku. haah! sampai sekarang masih kenot login lagi. haah! sampai sekarang masih tak ingat paswed itu lagi. haah! sampai sekarang rasa macam nak bunuh diri.... hmm tak tak itu mmg tipu. baidewe haah! sungguh lakhanat bila memikirkan insiden lupe paswed yang sungguh tak bole diterima  akal fikiran yang waras itu telah berlaku..aahh dah dah godai godai!! (emm awak jangan lupe tau add fesbuk baru saya. same je..adiba tmz jugak.hewhewhew)

oke jauh di sudut hati, aku memmey malas betul nak apdet apdet belog ni, memmey tak semangat langsung, memmey tak mengghairahkan langsung, memmey tak teruja langsung dan memmey tak teringin langsung nak menjenguk keadaan kesihatan belog aku yang dah lama terlantar kesepian kat sini.. asal tengok blog je otak bukan main lembap mengalahkan siput tenat.. kemain payah nak berfungsi.. sering menjadi persoalan dalam diri nak apdet ape? bila time nak tidur, hamboi kemain lagi idea tu datang mencurah curah..hmm tak de la mencurah sangat, adala sikit sikit.. rasa macam nak bina ayat banyak banyak lepas tu save dalam kepala hotak.. hewhewhew ni kalau pak cik Tmz baca ni, mau dia felaying kik aku.  
mesti dia cakap hei budak, dah takde kerje lain ke?ini semua mengarut tahu? daripada menghadap benda alah ni baik revise chemistry biology physic addmath semua tu.. ingatlaa sikit kamu tu nak SPM...
ngehngehngeh saya dah tahu, awak mesti cakap tu kan papa? hebat tak saya hebat tak? dahdiam. ohyee aku memang tak berapa nak redi lagi menghadap SPM tu, tapi kalau boleh hari ni gak aku nak habiskan semua paper paper jadah tu.. kitew dah penat and nak tenat dah taw hari hari mengabdikan diri kat bukuw..hekhekhek..(sambilmengeluhmanjewwww)..hak aloh sungguh tak boleh blaa..dahdiam..

oh yee berbalik kepada tajuk asal entri ini, saya lupa nak gebang kat awak yang saya kan..dah kan..dapat kan..lulus kan..ujian kan..silat gayong saya tauuu!! sebelum tu... *HARAP AHLI AHLI SILAT GAYONG SMK TAMAN JASMIN 2 YANG SUKA BAHAN DAN GELAKKAN AKU DAPAT MEMBACA ENTRY NI DENGAN PERASAAN YANG AMAT JELES NAK MAMPOS! hewhewhew,,,,, sungguh lakhanat bukan??!! tapi sebenarnya saya pun tak pasti sama ada saya lulus atau tak sebab lepas habis je menunjukkan ketangkasan serta kecergasan saya kat padang ukm tu, saya pun terus blah balik rumah makan tido..err tapi rasanya lulus lah kot..ermm..lulus lulus..

oh yee saya tersangatlah takut dan kaget serta gementar sekiranya saya tak dapat lulus dengan cemerlang ujian silat saya pada hari tersebut..malulah mak noks..mana nak sorok muka comel ni??!! dah la jurulatih dia mak aii garang tak hengat!! hamboi tak penah aku jumpa orang sebengis beliau..muka tak berseri langsung, bagaimana saya nak bersilat dengan perasaan yang gembira? saya dok sengih sengih dia boleh pandang je ke dalam mata saya yang ada lekat konteks lens ni..haah saya memang pakai konteks lens sebab tu mata saya bulat bulat tak boleh blaa..dah tu, jeles ke?kesah pulak saya?ehee oke biarkanlah dia dengan hidup dia..kalaulah tak lulus memmey pergi sekolah sambil jalan tutup mata lepas tu lari laju laju lah kan kalau terserempak dengan kanak kanak ribena tu.. tapi nasib baiklah oke, ujian ini akan membolehkan saya mendapatkan bengkung hijau yakni macam tali pinggang hijau lah kirenye..oke oke macam kau kisah kan?

oh yee ujian tu biasa biasa je, cuma kene lompat atas badan tiga empat orang budak, lepas tu separing dua lawan satu, alaa biasa biasa je, lepas tu peletok peletokkan tubuh kecil partner saya, alaa tak ada pape pon, partner saya tu cuma lebam kat kaki sikit kat bahu sikit dan tangan sikit je..ehh jap lepas tu kat kepala ada gak lebam sikit..halaahh tak ada pape lah..hewhewhew.. meh meh bak datang la we sape yang nak kene lipat dgn saya!! hak aloh!! ehee tak tak itu memang tipu.. oke rasanya cukuplah baca entry yang sungguh meng annoying kan anak tekak kau nih, harharhar oke bai reader(s)  =D

p/s: esok yakni 28 julai 2011 kelas 5 Harapan yang mana merupakan kelas tercinta saya, akan bedah katak yang telah diberi nama "Baby Kacak". sungguh malang kerana saya tak dapat mengambil bahagian dalam upacara pembedahan bayi tersebut sebab ikut pak cik Tmz ke majlis konvokesyen beliau. Ohyee kongkretulesyen papa, nanti kite belikan papa bunga besar yang ada teddy bear pegang scroll tu.. suke kan suke kan?suke leteww.. oke bai.

 -di en-