Kenot wet to raya.

Assalamualaikum,
Whoaa!! Teruja pula rasanya hati ini mahu mengapdet belog ekoran sudah lama belog ini terbiar sepi bergelimpangan. Selain sibuk dengan tuisyen dan sekolah, saya juga sangat sibuk dengan aktiviti memborong baju raya. Adakah ini bermakna saya akan melupakan SPM? Ohh SPM biarkan dia. Biarkan dia dengan ancamannya untuk beberapa ketika. Nafsu raya saya dah semakin berkobar kobar. Lantaran saya memiliki tubuh yang kecil lagi comel ini, sudah tentu aura raya itu semakin menyelubungi diri ini. Tak perlu ku minta, duit raya pasti dalam genggamanku. Mesti awak tengah cakap macam ni sekarang "Hebak mu Diba, hebak mu." Oh kau, tak perlu buat muka jeles tu, tak cantik tak cantik. Oke sekarang mesti awak terhendak hendak menjadi kecil seperti saya. Hewhewhew.

Harap harap pergi beraya tahun ni takde lagi soalan seperti "Diba UPSR kan tahun ni?" atau "Adiba PMR kan tahun ini?" dan "Diba! bila nak tinggi?" dan blablabla.. Rilek la makcik. Tak perlu jadikan sindrom kurang tinggi saya ini sebagai salah satu masalah dunia. Tension awak dibuatnya. Saya berasa seperti mahu memicit micit pipi makcik makcik yang bertanyakan saya soalan soalan sensitip seperti itu. brr... Selain itu, penghasilan bunyi bunyi seperti boom boom kebaboom yang terhasil di sekeliling rumah saya juga sangat membantu dalam membangkitkan aura raya ini. Akibat daripada itu juga saya sering terkejut lalu terkentut. Ahaha oke oke tak lawak. 

Baidewe, i know it's too early to raya but i just wanna say SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Nah amekau. Kalerful gitu. Mesti awak dah keliru. Deepavali ke Aidilfitri? hewhewhew kesah pulak saya. Oh yee jangan main mercun, main mercun pop pop takpe. Nanti meletup rumah jahanam semua kuih raya baju raya awak, bukan saya yang susah, awak dan keluarga awak juga yang susah. Wuwuwuw baiknya saya. Mesti awak rasa disayangi oleh saya kan? Oke assalamualaikum readers.