Sahur yang sungguh tragis..

Assalamualaikum sidang reader(s) yang dihormati sekalian,

Sebelum itu…-Saya guna aku-

Sinetron dimulakan…


Hari itu hari Isnin..Bersamaan 8 Ramadhan..ya aku masih gagah meneruskan perjuangan ku untuk berpuasa..namun..beberapa sahabatku, sudah tewas di medan perang akibat pengibaran bendera Jepun.. Jam menunjukkan tepat 4.30 pagi saat aku terjaga dari peraduanku yang tidak berapa panjang..ya.. aku tidur lewat lagi..Aku tidur lewat akibat daripada menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh puan sally  (bukan nama sebenar)..hampir jam 3.15 pagi barulah aku berjaya melangsaikan hampir keseluruhan tugasan dan selebihnya aku bernekad untuk menyiapkannya di sekolah dengan meminjam atau dengan frasa yang lebih tepat meniru dari pelajar pintar kelas iaitu ezza (nama sebenar).


Setelah 2 ke 3 minit, 4 minit barangkali.. aku mengelamun, sayup sayup kedengaran suara seorang wanita memanggil manggil namaku...ku amati suara itu, dan…oh!itulah mama..ya..itulah rutin harian yang seakan sudah sinonim dengan dirinya sepanjang bulan  ramadhan ini. Namun…yang menjadi persoalan di benakku adalah..mengapa harus aku terlibat sama?!kenapa harus aku dikerahkan untuk bangun sekali?!kenapa..??kenapa??!!


Ya..kerana aku..adalah anak...kerana aku adalah kakak dan kerana aku adalah satu satunya anak perempuan dalam keluarga justeru tugasku adalah untuk berbakti kepada ibu bapa! *harap papa dan mama dapat membaca entri ini dengan perasaan sebak dan terharu tahap dewa*


Cerita disambung...


Oleh kerana penggunaan penghawa dingin yang berterusan merupakan salah satu punca peningkatan suhu dunia maka ku capai rimot lantas menekan butang merah menandakan suis telah berjaya dimatikan dan perlahan lahan dengan perasaan malas yang begitu menebal dalam diri,  aku melangkah keluar dari kamar comelku menuju ke dapur yang meriah dengan muzik kelentang kelentung yang dihasilkan oleh mama..ya..beliau sudah mula memasak..walaubagaimanapun, bunyi bising yang terhasil itu tidak sekelumit pun menarik perhatianku malah lebih menjuruskan aku untuk balik balik ke bilik dan kontiniu semula peniduran ku..namun!atas dasar tanggungjawab terhadap mama, aku kuatkan semangat untuk membantu beliau menyediakan sarapan subuh ini. 

Bermulah sinetron tragis…


 Setibanya aku ke dapur, mama menyambut ketibaanku dengan wajah yang ceria sambil menyerahkan beberapa biji bawang merah bersama sebilah pisau..ya..aku harus mengupas lalu menghiris kulit mereka.


Tiba tiba…


Sedang aku asyik menghiris menghiris dan terus menghiris tiba tiba tubuhku seakan kaku dan bebola mata ku bagaikan mahu terjatuh keluar dari soketnya dan pancaran kilat sabung menyabung bagaikan berlaku dihadapanku dan..arghhh!!! aku mendesah kecil..ku tundukkan kepala ku hampir 90 darjah ke bawah dan melihat ada cecair merah seakan pernah ku lihat sebelum ini..dan..ya ..darah..tidak ku pasti apakah nama saintifiknya tapi aku yakin cecair itulah yang orang melayu gelarkan darah..sepantas halilintar ku buka paip lalu ku basuh jariku yang terluka sehingga cecair merah itu hilang dari pandangan..jiwa ku meruntun pilu menyaksikan jari kecilku seakan tidak sempurna sifatnya..ku belek belek pisau yang menjadi punca pergolakan di  subuh itu, dan..ya..cebisan kulitku ada terlekat di pisau itu…dan ya..sungguh tragis..


Jam 5.oo pagi..


Kesemua ahli keluarga sudah berkumpul di meja makan dengan wajah bengkek masing masing  seakan ada persidangan  politik  yang bakal berlangsung..*ya..mereka mengantuk sebenarnya* di shot- kat kan cerita, semua orang makan dengan gembira kecuali aku. Benar kata pujangga, air dicincang takkan putus tapi kalau tangan yang kene cincang komfem putus. *Yew.memang peribahasa tu tak kenew,tapi suke hati aku lew*


Secara tuntas, ingin saya simpulkan di sini pengajaran yang boleh kita dapati dari sinetron di atas ialah jangan potong jari masa potong bawang dan bantulah ibu itu dengan sepenuh hati..kbai.


Gambar hiasan. Sila jangan beli kalau terjumpa di bazaar Ramadhan.
P/S: Kalau aku jadi kau, aku takkan baca entri yang panjang lagi mengarut ni.kbai.