Kemanisan ke-17


Haah,nak gebang kat  awak yang dengan ini saya, mengisytiharkan 14 Ogos 2011 adalah hari keputerian saya yang ke-17. Ehee. Dah mula rasa mual mual tak? Dah mula rasa macam nak baling baling selipar yang bersepah kat luar masjid masa tarawih semalam kat saya tak? Dah mula rasa macam nak ketuk ketuk saya guna hammer bagi jadi lagi pendek tak? Kalau ada, sila klik pangkah di header moniter awak dengan kadar segera. Sileke sileke. Jeles lettewww. Nampak sangat.

Gambar hiasan. *papa  nak kek yang omey ni moleh?*
Eh tak tak taklah saya bukan minta hadiah. Mana ada. Tak lah. Tak tak. Cuma kalau memang betul nak bagi pun,saya tak kisah. Kalau tak percaya cetry test bagi hadiah kat saya. Mesti saya terus sambar lantas menyimpan dalam baju.*hang toksah lah dok percaya sangat dah matangkan?* Hmm awak janganlah rasa jengkel, saya cuma memberi idea yang saya fikir agak bernas,maaf maksud saya SANGAT BERNAS. Kot la awak nak tambah pahala kat bulan Ramadhan ni. Dush! dush! cukup.

Oke sekarang ceketepi sikit, ceketepi sikit saya nak berdoa kejap.
                                                    Bismillahirahmanirrahim,
Ya Allah panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat aku mentaati Mu. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah engkau kurniakan namun terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.                           *Sebenarnya panjang lagi doa saya tapi rahsia tak nak bagitau,nanti awak tiru. Oke macam kau kisahkan.*


**angin ada khabarkan kat aku, ada segelintir komuniti yang rasa anoid aku asyik mensyen kat fesbuk bila birthday aku, kemon la aku bergurau je oke?Hish bulan bulan puasa pun masih berlaku lagi jenayah jeles menjeles ni.Bala bala.. bala ni bala.Kbai.