p/s: Gua dapat merasakan aura keperempuanan yang melampau telah melanda jiwa gua sejak akhir akhir ini. Buktinya lihat saja pada background blog ini. Terharu bukan? :")
**gua guna saya.
Esok bersamaan hari Khamis dua makhluk aneh yang selalu memporak perandakan hidup saya akan berangkat meneruskan sisa sisa hidup sebagai pelajar universiti. Sebenarnya saya tak sedih pun. Saya tak kisah pun. Saya tak heran pun. Sebenarnyalah. Mana ada kesah. Taklah. Tak tak. Tak rasa apa apa pun. Pergilah semua tinggalkan saya. Pergilah jangan ingat dah kat saya ni lagi. Baiklah, saya sedar ayat saya sebenarnya minta disuap penumbuk bertubi tubi.
Baiklah saya mewakili ahli komuniti gerakan parti si comel comel seMalaysia mengucapkan selamat menempuh alam baru dan selamat maju jaya kepada awak awak berdua. Percayalah, saya tak akan rindu awak awak sikit pun. Tapi saya pasti saya akan rindu baaaanyaaaakkkk! Hmmm sampai hati limpa awak awak nak tinggalkan saya kan? :"( Dah pergilah! Kan saya dah cakap tadi saya bukan heran pun.
Kepada awek upm hari ini saya akan sebarkan sebahagian daripada berjuta gambar kita bersama. Biar nanti orang semua nampak betapa intimnya hubungan kita. Lepastu nanti biar dah tak ada orang nak kawan dengan awak. Kemudian nanti mesti awak merayu rayu nak balik Jasmin balik dan cari saya. Akhirnya kita berdua pun bersatu semula. :") Nampak tak betapa besarnya harapan dan cita cita saya? Kalau tak nampak pun tak apa. Kan saya dah cakap saya tak heran pun...
Awak nak tahu tak apa kesan kesan negatif yang akan berlaku kalau awak pergi jugak? Baiklah saya tunjukkan...
Dah tak dapat beli ice-cream dengan saya. |
Dah tak dapat datang rumah saya. |
Dah tak dapat rasa pelukan saya. |
Dah tak dapat bergedik dengan saya. |
Dah tak dapat jalan jalan dengan saya. |
Dah tak dapat tangkap gambar dalam kereta sehingga membahayakan pemanduan saya. |
Dah tak dapat menyusahkan hidup saya. |
Dah tak dapat bajet cun dalam kereta dengan saya. |
dan...dah tak dapat jadi pendengar setia, pakar motivasi, serta perosak otak saya ... :"( *Hamboi, kemain lagi kita hedit gambar yeww. |
Baiklah, setelah awak mengetahui kesan kesan negatif yang akan berlaku, adakah awak masih nak berambus dari hidup saya? Masih? Baiklah... kalau itu yang awak pilih, apa saya boleh buat. Saya doakan awak berjaya mencapai cita cita awak sama ada di dunia mahupun akhirat. Tak ada siapa pun yang boleh gantikan tempat awak walaupun Christina Grimmie pernah merayu rayu mahu jadi best friend saya. Jaga diri, jaga persahabatan ini, insyaAllah Tuhan akan sentiasa mempermudahkan urusan kita.
Wsalam :")