Ini bukan gemuk, ini sihat. |
Assalamualaikum w.b.t
Bye PJ, hai Semenyih. Gua sebenarnya rindu family gua, rumah gua, bilik gua, jamban gua, segala harta pusaka gua lah. RINDU! *cium cium lantai rumah*
Ya, sememangnya gua bapok kerana baru seminggu dicampak ke situ gua dah minta balik. Kemon, gua peduli apa. Gua tengah lompat lompat atas katil ni. hehehehehehe
Di UIA gua telah mengharungi minggu Ta'aruf week dengan jayanya. *keningkening* Ta'aruf week ni orientation week. Tapi seriously, gua rasa UIA satu satunya universiti yang buat orientation week paling relaks. 70% masa kami dihabiskan dengan tidur, makan, tidur, makan, tidur, makan, bersiar-siar, then baru briefing and all that. Nampak tak permainan dia kat situ?
Kat sini, gua menginap di Mahallah Zainab Jahsy.
Satu bilik 4 manusia. Adel from Malacca, Tiqa from Johor, Fira from Kelantan and Aaaaaadibakacakgile from Kajang. *Tangandibahu*
Gua dah edit pic ni sebab tu nampak gua paling kecil. Kbai. |
Okey budak bilik gua sangat best dan baik. Ouh please harap diorang tak baca blog gua kerana jika mereka membaca entri ini badan mereka akan mengembang seperti belon. Setakat ni alhamdullilah gua boleh ngam dengan mereka. *keningkening*
Oh ya, jari gua bisik tadi, mereka kata mereka dah penat. Demi menjaga kebajikan jari jemari yang comel ni, gua rasa eloklah jika gua tamatkan entri camtaek ni.