السلام عليكم ورحمة الله وبركتة
CFS IIUM
First of all I wish to congratulate those who got CFS IIUM for futhering study. Yeay! *sepsep* Okey CFS IIUM adalah singkatan bagi Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia. Bahasa Melayunya Pusat Asasi UIAM.
Sebenarnya hampir sebattalion manusia yang konfius dengan tempat ni. Ada yang ingat dekat Gombak lah, Nilai lah, Pahang lah no no no no. Pusat pengumpulan makhluk makhluk Allah yang ambil course asasi semuanya ditempat kan di CFS IIUM Petaling Jaya KECUALI student yang ambil course Economy.
Ha budak Economy ni advance sikitlah sebab awal awal dah menyemak di UIA Gombak. UIA Gombak tempat student sambung degree. Kiranya dia pusat induk lah. UIA di Pahang pulak tempat student Sciences. Ha bakal bakal doktor akan dicampak ke sini semasa sambung degree. Ha paham tak apa yang gua cuba sampaikan?
CFS IIUM Petaling Jaya terletak berdekatan dengan Universiti Malaya dan Mahsa University College. Oh ya dan sangat dekat dengan Mid Valley. Nampak tak permainan dia kat situ? So memang betul betul dekat tengah tengah bandar. Sebab tu kalau cuaca panas dan bahang tu dah rasa macam dekat padang pasir.
MAHALLAH
Okey kat sini nama nama mahallah (hostel) sangat urban dan comel.
|
Khadijah College. (KC)
Mahallah ni maju sikit sebab ada lif. Tapi kalau nak naik tangga pun boleh juga, jangan risau hospital dekat je. |
|
Aisyah College. (AC)
Mahallah ni pulak nampak macam ermm tanak cakaplah. Tanak tanak. hehe tapi makanan kat cafe ni sangat terbaik. Kami lebih prefer makan di cafe mereka berbanding cafe kami di Zainab kerana makanan di cafe Aisyah ni lebih mengghairahkan. |
|
Umar Al-Khatab College. (UKC)
Ni mahallah lelaki. Tak payah lah explain.
|
|
Fatimah Az-Zahra College. (FZC)
Haa...nama mahallah je berkonsepkan wanita muslimah gettew tapi manusia dalam dia berjantina lelaki. |
|
Abu Bakar College. (ABC)
Ini pun mahallah lelaki. Mahallah ni terletak betul betul berhadapan dengan Mahallah Zainab Jahsy. |
|
Zainab Jahsy College. (ZC)
Okey dalam bebanyak mahallah, inilah yang paling awesome sebab adanya gua yang comel bermastautin di sini. Ceh dah boleh buang kahak sekarang.
Throughout the days at CFS
Di sini diwajibulkan untuk memakai baju kurung atau jubah sahaja. Kalau mengidam nak pakai t-shirt pun kene pakai yang labuh. Seriously, mula mula gua agak culture shock. Bayangkan semua semuanya kene labuh. Bagi student yang memang keluaran produk sekolah agama mereka dah biasa dengan semua tu. Tapi untuk spesies keluaran Jasminians macam gua ni yakni student sekolah harian memang agak janggal dengan peraturan baru.
Alhamdullilah gua seronok mempraktikan semua tu. Tudung labuh, pakai handsock, stokin, etc..etc.. rasa macam selamat sangat bila berpakaian macam tu. Terdetik jugak dalam hati ni, kenapalah tak dari dulu gua pakai macam ni. Sepatutnya sebagai insan yang dilahirkan sebagai seorang islam gua sepatutnya tak payah tunggu masuk UIA baru nak start pakai macam tu. Fuhh malu sangat dengan kejahilan diri sendiri.
Bila difikirkan masa dan keadaan yang lalu, terlalu banyak rasanya masa dibiarkan berlalu dengan begitu sahaja tanpa ada rasa kehambaan dan pengabdian kepada ALLAH SWT. Terlalu banyak masa disia-siakan dengan menjadi Tuhan kepada diri sendiri tanpa ada sekelumit perasaan untuk menjadi hamba.
Hmm okeylah, tetiba macam sentap baca entry sendiri. Mwahaha. Oh ya lain marhallah lain keistimewaan dan kekurangan dia. Tapi tak kiralah di mahallah mana pun kita ditempatkan, bersyukur lah okey, Allah takkan membebankan kita melainkan sesuai dengan kesanggupan kita
(al-baqarah:284).
Okey thank you very much guys. ;D
|