Assalamualaikum people!
Psst...psst.. sedar tak?! Harini dah masuk 31 Julai 2012 bersamaan 11 Ramadhan 1433 hijrah! Cepatnya masa berlari. Eh masa ada kaki ke nak lari lari? Kbai.
Sedang gua rancak menaip entry sambil mendengar lagu 'I Wont Give Up' by Jason Mraz, tetibe je handphone cap nokaki ayam yg baru semalam gua belikan cover baru colour pink untuk dia vibrate menandakan message masuk.
"Assalamualaikum, lama tak contac. Aku pun buzy sangat dengan study. Macam mana puasa? Tarawih? Tadarus dah? Mulut jaga tak? Gangster lagi? Jangan kasar sangat Adiba, awak tu perempuan.. Haa qiamulail tak? Study okey? Solat awal waktu tau...semoga Allah merahmati awak Adiba."
Ya Allah, sungguh aku rindukan dia. Kepada engkau si penghantar message, terima kasih atas peringatan dan segala nasihat... InsyaAllah, doakan saya istiqamah :")
*************************************************************************
Oraite, sekarang gua nak review novel yang baru gua beli minggu lepas di MPH Alamanda, Putrajaya! Err tahu. Tajuk dia macam geli geli sikit. Arghh.. Pondan gila diba baca novel! Eeeuwwww! Ahhhh sudah cukup sudah! Gua pun tak tahu apa yang telah merasuki tubuh gua sehingga berjaya menghasut untuk membeli novel ini! Cis!
Eh kejap, bak kata budak budak hot facebook, watlek watpeace dulu. Gua belum habis review lagi ni. Okey ni sinopsis.
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
Saya rompak ini di google. Takde kene mengena pun dengan novel. Sape suruh sweet sangat. :") |
Okey lepas baca sinopsis, mesti kalian kata "alaaa...boooringgnyewww...typical story line... wekk tak best wekk, tanak beli... boo tanak baca!!bla..blaa..blaaa" okey tak suka sudah, nama kau bedah, spender kau sebelah. Eh? Salah lirik.
But from my point of view, ececehhh.. gua rasa novel ni memang best gila. Kelakar, romantik, comel, sedih, cuak, semua ado. Bahasa pun relaks je, tak de la komplikated sangat sampai kene letak kamus dewan edisi ke 4 kat sebelah bila nak baca. Hmm lepas baca novel ni, gerenti semua orang nak kahwin dengan ustaz! Harharhar. okey. okey. Tak kelakar. So far, banyaklah pengajaran novel ni. Tak rugi Ringgit Malaysia 22 gua terbang melayang layang.
Kalau lepas ni tetibe ada penulis nak buat novel "Isteri Aku Ustazah" nah inilah cover page yang paling sssswai!oopps! |