Berpisah kita kerana Allah.

"Atiqah comfirm ke nak pergi? Dah buat istikharah?" soalku.

"Istikharah? Hmm.. dah buat dah, rasanya macam comfirm pergi.InsyaAllah. Haih...
Family pun banyak support suruh pergi," jawab gadis itu dengan nada mendatar.

Aku diam. Mata memandang tepat ke arah screen laptop. 
Ya Allah, beratnya hati aku untuk menerima berita ini. 
Ya Tuhan kenapa cepat sangat kau tarik dia pergi dari hidup aku?
Aku masih perlukan dia ya Allah.

Aku keliru dengan perasaan aku sendiri,
Sepatutnya aku gembira melihat seorang lagi kawan aku dimakbulkan impiannya.
Tapi, 
aku tak mampu untuk menipu diriku sendiri.
Demi Allah, aku belum bersedia untuk menyaksikan pemergiannya.

Atiqah Aminuddin.
Tak lama lagi bilik B2.229 Mahallah Zainab Jahsy akan menyaksikan pemergian seorang penghuninya.
Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi perpisahan ini.

Jujur semasa menaip entry ini, hatiku begitu sayu membayangkan hari hari yang mendatang tanpa Atiqah di sisi kami.
 
 
Wahai sahabatku Atiqah,
Aku ingin kau tahu,
Yang aku sudah jadikan kamu sebahagian dari kecintaanku,
Tidak lain adalah kerana Allah.

Aku ingin kamu selalu mengerti,
Yang aku perlu doa darimu,
Agar tetap kakiku di jalan ini.

Atiqah,
Aku ingin kamu selalu faham,
Aku punya banyak kelemahan,
Yang terkadang mungkin,
Melukai dan membuatkan kamu tidak senang denganku.

Jadi,
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa di hati,
Ampuni tiap khilafku,
Mungkin tidak mampu untuk aku,
Hilangkan luka hatimu,
Tapi aku sentiasa berharap,
Untuk menjadi seorang sahabat yang setia di sisi,
Dalam payah dan senangmu,
Kerana ukhuwah kita bertaut demi cinta-Nya...

Atiqah,
Seorang sahabat bertanya kepada Nabi S.A.W: "Bagaimana ciri ciri orang yang patut aku dampingi untuk dijadikan teman?"

Nabi bersabda," Teman yang patut kamu dampingi ialah yang apabila kamu melihatnya, kamu teringat Allah, apabila mendengar kata katanya bertambah ilmu mu dan apabila melihat amalan amalannya, lalu kamu teringat akan akhirat," 

Atiqah, 
terima kasih kerana menjadi sumber inspirasiku. 
Untunglah dia dapat menuntut ilmu nun jauh ke Jordan sana. 

Atiqah,
Walaupun hadirmu hanya seketika, namun aku tidak akan melupakanmu kerana impak yang telah kamu berikan dalam hidupku terlalu besar dan bermakna yang tak mungkin hilang dari memori ingatanku.


Ya rabb,
Kau kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah

~ UHIBBUKI FILLAH ~