Happy Eid Mubarak :"D

Assalamualaikum! 
Siapa tak jawab gua baling beliau dengan mercun. Akhir akhir ni kerja gua memang nak membaling mercun je dah takde kerja lain dah agaknya. Eh kejap, hai Nazuha! *senyum senget*

Alhamdullilah masih ada raya untuk gua tahun ni. Haish rasa macam baru je update pasal "DiariRamadhanGua:Part 1" tetibe dah Syawal. Argh rindu nak tarawikh nak pergi bazar nak iftar nak sahur arghh rindu rindu.. :"(

Nak cerita ni. Gua baru je lepas korek korek almari gua. Tetibe terjumpalah sesuatu yang mengimbau kenangan zaman purba kala semasa diri ini masih lagi memegang status Jasminian. Haha Haha :D 

Zaman di mana siapa yang dapat paling banyak kad raya beliau lah paling awesome! Kahkahkah! Gua malas cerita la, sebab gua takdela dapat banyak pun, ada la dalam 30 ke 40 keping, kihkihkih :"3

Ohmaigad! :") Epik sungguh.

Ahhhh.. tapi sekarang mana main dah kad kad raya ape menatang semua ni. Sekarang kad raya buat kat internet je. Brrr tu gua tak kisah lagi. Yang tak menahannya siap edit tempel muka sendiri lagi. Lepastu tag tag tag tag tag sampai lebam memenuhkan notifikasi gua di Facebook. Haih tensi gua dibuatnya. Tapi takpela at least adalah jugakkan niat korang nak ucap Selamat Hari Raya tu. :P 
K bye.