Cuti yang wangi.

"Sahaja aku cuti sem 2 minggu, kerana uia suruh" 

assalamualaikum, pada october yang lalu aku dengan angkuhnya tidak bernafsu langsung nak mengupdate blog. tapi sejak terbangun dari tidur yang pendek afternun tadi, aku seakan mendapat satu seruan dan bermulalah episod untuk mengupdate blog secara marathon. wuhuuu! *terjun dari katil*

okey cuti sem aku sangat lah minta cari gaduh. 11 november masuk balik. ada ke patut dua minggu lebih je? patut ke wei? ha? woi! patut ke?! *air mata bergenang* k k releks diba. *usap kepala sendiri*


sebelum tu, nak kongsi sikit cerita seram masa nak hangkut sesemua barang dari kolej ke rumah tu. ya allah, memang kalau kau tengok barang barang aku, mau menangis dua hari dua malam. aku syak mau dua kontena diperlukan untuk hangkut barang aku bawak balik. obvious sangat first time duduk asrama. hiks.

baju je 3 beg. kipas. toaster. heater. kasut je sampai 5 pasang. barang makanan yang macam untuk setahun tu lagi. hahahaha maut aku nak membawa turun dari tingkat 3. memang kene perli habis habisan la dengan papa. cis. 

k k aku syak sepanjang cuti  ni benda paling berfaedah yang aku buat agak banyak lah. kalau nak di senaraikan tu memang patah riuk la jari ni nak menaip sebab banyak sangat. hiks! so rutin hari hari aku bangun pagi buat breakfast, hantar adik sekolah, kemas rumah, basuh kain, jemur kain, lipat kain, belajar masak, lap tingkap, lap kipas, bersihkan sawang, basuh kereta, sapu sampah, buang sampah, bersihkan atas bumbung, lap atap rumah, siram bunga, tanam bunga bla bla bla.. see.

 MANA ADA MAIN TWITTER! MANA ADA! 

so mama releks kat rumah layan sinetron. eh tak la, mama aku ni cuti ke tak cuti ke ada je kerja yang nak dibuatnya. kadang kadang rasa nak suntik dia dengan ubat tidur biar dia tahu apa erti penyesalan. eh? silap. biar dia tahu apa erti rehat. haih.. k k nanti sambung lagi. nak buat susu Amsyar. bai.