gegeli.

okay cemana nak start, hmm well hello people! i'm back! mohon acah acah teruja please. mohon. hihi sekarang jam menunjukkan jam 11.30 minit malam waktu malaysia tapi alhamdullilah aku masih berjaya mengawal nafsu dari meniduri katil yang haram tak sexy langsung ni. okay bagitahu aku cemana nak tidur dengan tilam yang dah macam kawah nenek aku yang buat masak rendang time raya kat kampung tu?! sakit pinggang weh sakit. haish bukan nak komplen ke apa ke, tapi memang nak komplen pun lah sebenarnya.

tu belum masuk part lampu tandas level ni asyik blackout tak habis habis. ingat romantic ke take shower bawah cahaya torchlight? dengan air yang slow kalah orang sakit pundi kencing. dengan si kucing yang berak sesuka bontot dia je. oh ya dengan masalah perparitan di sekitar hidung yang memang dah tak boleh bawak berbincang lagi. eee tensi tahu tensi?!! astaghfirullah.. okay adiba dengan sikap tak reti bersyukur dia, dedua boleh masuk plastik sampah ikat mati lepastu campak kan aje ke sungai semenyih. tsktsktsk :"C

*lap air mata* sebenarnya, aku sign in blog harini semata mata nak update cerita pasal sorang cina ni. ehh tak tak. bukan cina yang mati terjun dari tingkat 6 timesquare tu bukan. ni pasal cina lain. pasal emm cina ni....

jap kene bagitahu nama ke tak hah? emm tak payah lah. yang pasti emm hye oppa! rain oppa! kikikikiki *kelar tangan guna pisau sembelih kambing pakngah punya sebab tajam gila* dah diamah.

omg omg segan tak tengok muka sendiri terpampang bebesar kat sini?
segan kan~ pergi celup muka dalam lumpur.

3 february 2013/ 11.00 a.m/ lcct, sepang.

eh wait, sebenarnya ni cerita dua minggu lepas. tapi baru harini rasa macam fefeeling nak update. ingat senang ke ha? kene bersedia dari segi emosi dan mental tahu? hahahahahambar! hambar tahu hambar? *terajang muka sendiri* okay si cina tak guna ni nak tinggalkan gua. tak lama pun insyaAllah kalau tak ada aral melintang tak ada puting beliung hatta panjang umur dalam 5 tahun je. mana ada lama. mana ada. alah bukan nak tinggal jejauh pun, melben je. dalam 9 jam perjalanan lah. alaaaaahai. macam pergi penang je tu pun kalau tak jam. so gua buat relax chill je lah. serius serius. mana ada gua kesah. pergi lah pergi. *makan chewing gum acah acah cool* err ee apa ni tadi sebenarnya dah janji tanak membebel pepanjang!! okay tak peduli.

ceritanya dia bagitahu aku flight pukul 1. so aku bebajet dalam pukul 12 lah dia kene check in. janji nak jemput adel and zia kat ktm pukul 10. tapi memandangkan aku ni seorang melayu maka tak melayulah aku kalau tak buat janji melayu. pukul 10.30 baru aku sampai ktm bangi jemput babygel aku dua orang tu. masa tu aku dah mula cemas. ahh sempat ke aku jumpa cina ni. boleh pulak jalan jam pepagi macam ni. siap dah whatsapp cakap kalau tak sempat jumpa sorrylah. jalan jam. see! punyalah risau.  yang paling aku tak boleh terima bukan jam sebab kerbau mati kene langgar ke, lori durian terbalik ke, rupanya kat depan sekali ada perhimpunan cina mati. memang bebetul menduga keimanan seorang adiba betul.

nasib baiklah aku ni seorang driver yang diktiraf jpj dengan sekali ujian sahaja. okay sempat lagi riak. maka aku redah sahaja jalan tu macam bapak aku yang punya. aku potong kereta sekali 4 pecut 140 macam dalam kereta tu aku tak bawak nyawa orang lain. eh eh nampak macam dalam movie tak? hihi kepala hotak lah movie. tu tempah panggilan malaikat izrael namanya. speed punya speed alhamdullilah sampai jugaklah ke lcct around pukul 11. aku acah acah relax je padahal dalam hati bersyukur gila sebab sempat sampai. hihi sesampai je perut dedua babygel dah lapar. so pergilah bawak diorang melantak dulu. aku tak makan pun sebab emm emm acah acah takde selera. padahal kat rumah dah makan nasi lemak sambal sotong mama dua pinggan. kahkahkah

Zia

Adel

gigih menulis senarai hutang.
"hah cina kpop! meh sini engkau kejap aku nak bagi sesenarai hutang kau dengan aku. kau ingat kau boleh sesenang blah macam tu je ke?" jejerit aku tanpa segan silu.


"kau ambik ni nanti sesenang baca. bebila rasa dah sedia kau bayar lah sesemua hutang ni."

"kau kat sana elok elok. jangan buat bebukan ingat kita ni orang islam. jaga mata, jaga batas, jaga hati, jaga iman. ingat walaupun muka engko tu acah acah korea tak siap, kat ic kau tu still melayu! so jejaga sikit perangai tu." nasihat gua acah acah seorang pendakwah bebas.

lepastu aku pun blah ah macam relek relek je tak ada apa berlaku. busy kot, nak tweet lagi, nak whatsapp lagi.  mwehihi



And yeayy! kengkawan rain pun datang. acah acah surprise surprise gitu. 




ini kak aliya hadini. omg she's so nice yknow? =*

eh jap kau apahal putih sangat hah? nak kene tumbuk ke?

-_____-" dasar kpop. ahh tak guna batei. tak suka kpop.

"lepas ni jangan minum pepsi, jangan minum redbull, jangan makan chewing gum berbotol botol jangan itu jangan ini jangan blablabla jangan asdfghjkl dan sjdkgsadhf..." pesan cina itu.

errrr.... emm *gulp*

"jangan blablablabla jangan blablablabla... and tunggu gua balik," pesan manusia itu lagi. emm mana ada gua tetouching mana ada. hahahaha

 okay cukuplah, gambar yang seterusnya semua err emm menjatuhkan maruah seorang gua tahu?! ada ke patut adel pergi snap gambar nenangis eh eh emm dah diamah. bye. err rain! take care.