entry untuk mama


Mama pernah kata...mama kata aku degil.
Tapi aku tak percaya sebab aku kan degil.
Mama pernah kata.... mama kata aku keras kepala.
Tapi aku tak peduli sebab aku kan keras kepala. 
Mama pernah kata.... mama kata aku ego.
Tapi aku tak setuju sebab aku kan ego. 
Mama pernah kata lagi.... mama kata aku kasar.
Tapi aku tak kesah sebab aku memang kasar. 


Aku selalu tak sependapat dengan mama.
kenkadang la.
Mungkin sebab aku perasan aku dah besar.
atau mungkin hormon tak stabil.
Bila ada selisih faham sikit dengan mama,
aku suka merajuk tak tentu pasal.
Mungkin sebab aku rasa aku sorang je perempuan,
so kalau aku nak mengada-ngada sikit aku punya pasal lah.


Aku suka buat benda ikut kepala aku,
aku tak sedar, mungkin dalam diam benda yang aku buat tu menyakitkan hati mama.
mungkin aku lupa, maklumlah aku kan melayu.
aku tak sedar diri,
yang bersusah payah mengandungkan aku, mama.
yang sakit memberanakkan aku, mama.
bila dahaga yang susukan aku, mama.
bila lapar yang suapkan aku, mama.
bila nangis melalak yang memujuk aku, mama.
perkataan pertama yang aku sebut, mama.
bila nak bermanja orang yang aku cari, mama.
yang mengajar aku solat, mama.
yang ajar aku mengaji, mama.
bila nakal yang memarahi aku, mama.
bila mencarut yang mengcili mulut aku, mama.
bila taknak belajar yang menghanger aku pun, mama.
yang jemput aku balik sekolah, mama.
yang selalu support aku, mama.

bila dah masuk kolej yang selalu siapkan bekal aku, mama.
bila aku naik allergic yang carikan ubat, mama.
bila aku sakit perut yang urut perut aku, mama.
bila nak exam orang paling sibuk, mama.
bila sedih aku mesti telefon, mama.
bila bengang aku suka luah dekat, mama.
bila ada masalah aku mesti bagitahu, mama.
yang selalu menasihati aku, mama.
yang selalu masak makanan kegemaran aku, mama.
yang selalu tolong kemaskan barang barang aku, mama. 
bila nak duit belanja pun orang yang aku cari mesti, mama.



mama... 
susah payah mama melahirkan kakak, terima kasih. 
siang malam mama menjaga kakak, terima kasih.
mama mendidik kakak dari kecil, terima kasih.
mama sabar dengan perangai kakak, terima kasih.
mama mengajar erti sakitnya dihanger, terima kasih.
mama tak putus menyalurkan kasih sayang sepanjang 19 tahun, terima kasih.
memberi bertubi tubi nasihat, terima kasih.
membesarkan dan menggemukkan kakak dengan makanan yang sesedap
 selama 19 tahun ni, terima kasih.

Dan yang paling penting, terima kasih kerana membesarkan kami lima beradik,


Akmal Comel binti Ahmad Handsome


sehingga menjadi sekacak ini.... ehem terima kasih



--------------------------------------------------------------------------------------------------



Akmal Anwar bin Ahmad Tarmizi


sehingga menjadi sepoyo ini.... terima kasih 


--------------------------------------------------------------------------------------------------



Akmal Arief bin Ahmad Tarmizi


sehingga menjadi sebuncit ini... terima kasih
*tak dapat pegang bunga sebab dia di asrama Johor, cedihnyew*


-------------------------------------------------------------------------------------------------




M. Akmal Afif bin Ahmad Tarmizi



sehingga menjadi seskema ini... terima kasih



-------------------------------------------------------------------------------------------



M. Akmal Amsyar bin Ahmad Tarmizi


sehingga menjadi segedik ini... terima kasih






MAMA, WE LOVE YOU SO MUCH!

To the world you might just be one person,
but to one person you might just be the world

HAPPY MOTHER'S DAY