Lepak Seoul kejap

tajuk entry haram macam berlagak gila en en en, tapi no no no~ engkorang jangan nak memandai judge entry aku eh. okay macam biasa tujuan aku update blog mestilah sebab nak berlagak dekat anak cucu aku nanti. insyaAllah kalau subur. kahkahkah xD 

kehadapan cucunda sekalian, 

pada 24 jun 2013 dulu, nenda telah pergi berjimba di Seoul, Korea. kejap je 6 hari. tak lama pun. nenda berasa sungguh gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezeki ini. awhhh :")  eh geli lah pulak, okay marilah kembali menjadi normal. 

okay pendahuluan macam tak boleh nak panjang lagi kan. aku sebenarnya tak tahu nak start cemana ni. stress jugak lah ni. okay apa kata start dengan departure dan arrival? okay? okay boleh la boleh la. tanak baca sudah nama engko bedah ehem ko sebelah! halamak!

kapal yang boleh terbang di udara

bismilahirrahmanirrahim~ fuuuhh! *hembus kiri kanan keyboard* Okay, aku ke sana menaiki sebuah kapal yang boleh terbang AirAsiaX! boleh tahanla, not bad. tapi pramugari dia tak cantik sangat, make up tebal je lebih! nasib baik aku 145cm je, kalau tak diorang semua tu penganggur je tu. hek eleh... okay sambung. flight pukul 8 so dijangka akan sentuh bawah lapangan terbang Incheon dalam pukul 3 waktu Korea la. 6 jam dalam flight memang panas la punggung kau. punggung kau okay, bukan punggung aku. aku sejuk je. kekeke aktiviti dalam flight wajiblah tidur, selfcam, pergi jamban, main angry bird, senaman luruskan pinggang, tidur balik, bangun, makan nasi AirAsia yang tak sedap tu, tidur sambung main game, makan coklat, kesimpulannya penuh la poket kerusi depan aku dengan sampah cekelat KitKat. mwahahaha! 

Welcome to Korea! annyeounghaseyo~
ihik comel je kene tunda dengan lori kuning kecik tu~

lepas je kutip beg terus pergi solat kat celah celah yang takde ramai orang. anyway, tandas kat airport sumpah bersih gila. walaupun tandas diorang takde air but still wangi dan bersih sampai rasa nak tidur gegolek dalam tu. tapi untuk kita yang Islam ni, jangan pemalas sangat sampai nak basuh najis sendiri pun guna tisu. bersih tapi tak suci tak boleh jugak kan? pepandaila guna botol ke apa ke, eh malas la nak ajar. sila guna kreativiti memasing ye. 

lepas solat, tour guide terus heret kami ke kota seoul untuk  lepak kat Menara Seoul jap. btw, masa aku pergi ni musim bunga nak dedekat summer dah. so aku bajet bajet suhu takde la sejuk mana. tapi keluar je dari airport haaa.... hambek kau. so sepanjang 6 hari aku kat situ standard suhu dalam 14-20 celcius. tapi Arif kata kalau  kat Melbourne setakat 16 celcius tu dia keluar rumah pakai boxer je. kata dialah...okay sambung.

taraaaa! inilah dia menara seoul! okay takyah nak taraa sangat.


otw naik ke menara tu sempat jugaklah aku bergangnam style dengan ahjumma ahjumma ni! humble and happening sangat diorang ni, dah tua tua pun lepak sini. mantap! 

view dari menara seoul~


ramai couple je yang datang sini. yang perempuan dia tak kisah la pakai seseksi walaupun sejuk sebab partner diorang boleh tolong panaskan. aherherher okay malas nak tangkap gambar bebanyak sebab penuh dengan orang tengah berpeluk je. haih rosak mata I~


haaa kat atas tu penuh dengan padlocks. engkorang yang tak cukup kunci hati, kunci loker ke kunci pagar ke hape ke, boleh la datang sini ambik seketul dua.


okay nampak tak kat bukit tu ada tercacak tinggi tu, haaa tu la menara seoul. ni gambar ni aku la snap ni! betuuuul!


okay tepek muka sikit. awwhh maaf terlebih flash.

lepas dah puas berfoya foya kat atas tu, kami pun dibawa ke restoran halal tempatan yang terletak di kota seoul. cey... dah macam karangan upsr dah. 


kat area ni memang banyak gila  restoran halal. so pepandai engko la pilih. tapi kedai nasi lemak takdela. tunggu 5 tahun lagi aku datang bukak kedai!

trip kami dibawa ke sini.

memasuk je restoran berkumandanglah lagu tumpaseair~

annyeounggg~

lepas dah puas menodai makanan kat restoran tu sampai habis licin satu haprak pun tak tinggal, kami pun dibawa untuk check in di Seoul Stars Hotel. oh ya btw aku pergi ni sekali and all my aunties and sisters~ papa and the boys tinggal kat Semonyih sebab diorang tak bernafsu sangat kalau Korea ni. okay bajet sorang dalam RM 3200 sekali makanan dalam flight, hotel, makan kat seoul selama 6 hari, tour guide and blablabla~ 



satu bilik ada dua katil. satu besar satu kecik. tapi disebabkan aku ni acah acah macho je tapi sebenarnya penakut, aku tidur bawah ketiak mama. awww manjanya!

orait selesai satu entry nanti aku sambung lagi. nak pergi tengok running man kejap. Kbye!