Lepak Seoul kejap :part 3:


hollaaa! entry ni tanak cerita pasal Seoul. harini kitorang kene check out hotel sebab malamnya akan stay di Mount Seorak. sebelum berhijrah ke Mount Seorak kami dibawa ke Nami Island dulu~ dari Seoul ke Nami Island hampir 2 jam perjalanan. so aktiviti dalam bas 99.99% hanyalah tidur. sesampai je kat jeti tu dah ada feri. dari jeti kecil comel tu ke nami island cuma 5 minit je okay jadi engko jangan nak memandai sambung tidur dalam feri tu pulak. 


cuaca haritu just nice 16 celcius. jenjalan pun rasa macam dalam aircon je heheh! 


eh dah sampai?  haaa kan dah cakap 5 minute je! 

eh mana ada malu selfcam mana ada malu! takde takde! hek eleh

amboi perangai~ awak dah tua tahu, awak ingat sikit....

ni acah acah apa aku pun tak tahu lah


ni oppa oppa aku, kami bertemu di Nami Island. sweet sungguh bukan? bukan? okay bukan. kalau perasan dua orang ni la yang kat gambar atas tadi. kahkahkah :D

okay ni paling tak menahan!





okay gambar tak boleh letak bebanyak. nanti engkorang muntah. enough with Nami Island. jom makannnn. 

kami makan di........ chongchengchengchongcheng restaurant! okay tak tahu apa nama kedai ni. tak silap aku heliza helmie pernah makan kat sini jugak heeee

see! dalam tu ramai kan orang Malaysia? haaa...nyibuk je! okay tak tak tak

lepas makan dan solat kat restaurant tu kitorang terus gerak ke Mount Seorak. dari Nami Island ke Mount Seorak sejam setengah. lunyai lah sepanjang perjalanan dengan cuaca yang sejuk gila. btw sebelum ke Mount Seorak sempat ke teddy bear museum dedekat dengan Mount Seorak tu jugak. apa jadah tour guide bawak kitorang ke museum ni aku pun tak tahu lah. adoiyai... layan je lah... meh tengok kengkawan korang. pelik betul, teddy bear pun boleh dimuseum kan.



aaaaaa... mama yang suruh ambil gambar dengan diorangggg ni! lepas ke museum teddy bear tenenenene~ Mount Seorak im comingggg!


nak naik ke Mount Seorak ni kene tunggang cable car dulu. satu cable car boleh muat 50 orang. haaaa Mount Seorak best pergi time autumn atau winter. kalau autumn semua dedaun ni kaler oren la. kalau winter bukit penuh dengan snow dan bunga sakura. time aku pergi ni ada sesikit je bunga sakura. bunga sakura akan merebak sedikit demi sedikit dari pulau jeju sammmmmpaila ke mount seorak. maybe sebab jeju dekat dengan jepun? kan? okay abaikan teori aku.



lepas da naik cable car, awak kene mendaki sikit lagi untuk sampai ke puncak. teheee~ okay tak payah nak daki sangat, ada track tu ha nampak tak?!

 finally!!! i did it! lupa cacak bendera malaysia je! hek eleh









 okay setel mount seorak jom pergi makaaaaannnn!

 nama restoran ni...... emmm dgfnndxkkfidxowi restaurant! yuhuuu~ 

cuaca teramatlah sejuk dan penghuni perut aku tersangatlah lapar. tahap lapar dia sampai batu kat tepi jalan pun nampak macam coklat ferrero rocher kau tahu tak?!! nasib baik makanan kat sini sedap. orang korea sangat suka makan sayur dan seafood. seafood yang paling hot dikalangan seafood seafood yang lain ialah sotong kurita! jadi jangan nak dengki sangat kalau kulit diorang cantik gila okay? 

tak pasti kenapa aku snap gambar beliau. okay lepas makan terus check in ke Daemyung Resort, Mt Seorak. stay sini satu malam je.



bilik best gila sebab ada dapur. kahkahkah! kalau bawak family boleh la masak rendang ke, kari ke, gulai lemak ke, tapi sebab aku berdua je dengan mama, masak maggie je la wei.

tapi satu je hampeh, wifi hotel cuma ada kat lobby. jadi aku pun berkelah lah dekat lobby malam tu. ngehngehngeh~ okay rasanya dah over gila entry ni. lebih afdhal aku stop dulu. kbyeeee