Lepak Seoul kejap :part 2:

sorry, tapi aku pergi sana enam hari kot. takkan aku nak cerita masa first day je kan? memang tak la. no no no~ buat kene gelak dengan anak cucu aku je nanti. kekeke~ okay mari sambung.

hari kedua lepas breakfast, err breakfast sangat! breakfast kat hotel ni tak berapa nak dijamin kehalalannya. jadi aku makan maggie je kat bilik, and turun restoran minum jus oren dia. jus okay kot? kan? okay lepas breakfast kami terus dibawa melawat sekitar bandar seoul. memula pergi Gyeongbok Palace. istana ni dibina pada tahun 1394 tahun ketiga Dinasti Chusun. haaa nampak tak? bukan senang aku nak keluarkan fakta sejarah ni tahu? otw nak ke istana tu ada la lalu Blue House. Blue House okay bukan White House. Blue House ni wajiblah kediaman Presiden, takkan kediaman engko pulak kan.

btw, kat area istana ni ada satu kawasan lapang yang memang dikhaskan untuk rakyat mengadakan demonstarasi. boleh dikatakan hampir setiap hari memang ada demonstrasi dibuat kat sini. tak macam kat malaysia, eh kbai. 

kekeke cecomel je polis korea selatan ni. haaa masa ni diorang tengah mengawal demonstrasi lah. biasanya kat korea ni demonstrasi diorang berjalan dengan aman je. tak ada gegaduh, pepukul, bebakar bangunan pokok kereta, takde takde. 



baiklah anak anak, ini adalah peta korea selatan. kalau engko tak tahu ni aku nak bagitahu, orang korea selatan diharamkan untuk menjejakkan kaki ke korea utara. kalau orang korea selatan ni didapati seludup masuk ke korea utara hukuman penjara seuumur hidup akan dikenakan. pada yang masih ada sedara mara kat korea utara tu memang kesianlah. ada quota nak ke sana. setahun cuma 100-200 orang sahaja yang dibenarkan masuk korea utara. 

okay beralih ke cheju-do. ha nampak tak cheju do? itu pulau jeju. dari Seoul nak ke pulau jeju menaiki pesawat korean air hanya mengambil masa sejam setengah. untuk pakej aku, kalau nak ke jeju island sekali cuma tambah rm 600 je and tambah lagi dua hari. tapi dendorang ni tanak cuti lama sangat jadi tak de la aku merasa ke jeju island. orang kata kalau ke korea tapi tak ke jeju island, macam emm macam makan kimchi tak bersambal ah. kira macam tak lengkap ah. cececey. so aku wajib untuk ke sana lagi! tak ni apahal ayat aku macam skema tahap gaban ni? arghhh!!! ini bukan gua ="(


sebenarnya aku paling teringin sangat nak ke Jeju Island lah. haaa tengok article surat khabar tu aku dah simpan dari 24 ogos 2008 lagi okay?! tsktsktsk.. mama kata engko nak sangat jeju island nanti pergi dengan laki engko. okay cukup dengar cerita sedih aku. 



Gyeongbok Palace!


mama kita =*

tengah ready nak gangnam style. aherherher


Adel ni souvenir aku untuk kau. mihmihmih~


istana ni besar gila gedabak tahap dewa. tercungap cungap la aku berjalan. dalam pukul 12.30 cenggitu aku pun bla la dari istana tu sebab perut aku dah murka. perut yang murka okay, bukan raja! sooo Taj Palace here we go~


Taj Palace ni lebih kepada Indian Cuisine. so kalau macam Adel dia suka la tapi aku tak boleh nak masuk sangat. maklumla perut melayu kan? tapi layan je la. lepas makan terus pergi masjid dedekat area tu jugak, ada masjid besarrr atas bukit! ramai jugakla korean muslim tengah berusrah time tu. terharu aku tengok~



bebudak ni tengah belajar solat. comel sangat :")

apa tengok tengok?

ice cream yang berharga 3000 won yakni 9 ringgit malaysia ^..^
lepas solat terus dihangkutnya kitorang ke Dongdaemun Market dan GwangJang market. kat situ banyak jual kain sutera dan cotton korea je. so para memakcik shopping sakan la kat sini. skip pasal shopping aku terus cerita dinner la okay? okay good. 

restoran ni luar buruk dalam omg cantik gila. nak makan pun tak sampai hati. aherherher



 makanan kat situ memang mantap gila sebab ada kambing bakar!!!! bahagia betul aku malam tu tidur pun mimpi kambing :") eh okay la. next entry kalau rajin aku sambung. cerita nami island dan mount seorak pulak. okay babai