Hari mama.

Assalamualaikum dunia, hari ni gua nak mengeshare tarikh hari mama tahun 2012. Semestinya bukan gua yang mengkaji tentang tarikh ini kerana gua masih waras untuk membuat kerja kerja bermoral tersebut. Jadi gua cuma google, tiru dan tampal di blog gua. Masehh. 

Hari mama/umi/ibu/mummy/emak dan sewaktu dengannya akan berlangsung pada 13 Mei 2012 atau kalau dah ngoi sangat tarikh ni bersamaan pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India  , Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa(Kampung si pinky), St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe dah gua malas nak taip pepanjang sebab lu orang bukan baca pun. Eleh padahal kopipes. eh?okebai.

***************************************************************************************************
HAI! *lambai lambai tangan* Selamat Hari Mama! Eleey suke lettew. Mmmuah haa kan da kene cium! 
Gua ada banyak membaca tentang spekulasi sambutan hari ibu. Ada macam macam pendapat. Ada kata boleh sambut ada kata haram lah apa jadah bagai. Bagi gua hari hari memang hari ibu. Setiap hari kita wajib menghargai, menunjukkan kasih sayang, dan menghormati bukan sahaja ibu malahan bapak sekali. 

Pada pendapat gua, tak salah kalau kita spesifik kan satu hari khas untuk meraikan ibu kita. Kan lebih baik kerana secara tak langsung kita dapat merapatkan ukhwah antara ahli keluarga. Malah dengan menyambut hari ibu, kita juga dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya. 

Gua berasa amat sedih dengan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka gua rasa Hari Ibu merupakan cara yang terbaik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah. 

* K ini gua google*

Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaan:
1. Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT.
2. Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT.
3. Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat
kepada Allah SWT. *nampak tak keustazahan gua tu?nampak tak?*

TETAPI, janganlah sambut terlebih lebih pulak. Ni karang ada pulak yang menganjurkan wild party lah pesta joget tarian lambak lah apa lah tak ke bangang namanya? Kesimpulannya marilah kita bersama sama berdoa agar kedua ibu bapa kita diberi kehidupan yang sejahtera, umur yang panjang dan kesihatan yang baik. INSYAALLAH amin.. x)

Ini bakal ibu. EEEHH kau dah apehal tetibe?