Breakfast dengan Eminem.

Sengaja buat title cenggitu. Hari ni pepagi lagi apak gua dah hantam pintu bilik kasi kejut tuan puteri (gua). Gua pun bangun dan lantas mengucapkan rasa syukur kerana masih berpeluang untuk bernafas melalui rongga rongga yang sepatutnya. Gua terus tengok cermin dengan harapan kot kot rambut gua bangun pagi maintain macam rambut Christina Grimmie.

Kakak kandung yang terpisah. tsk.. tsk.. kbai.
Tapi perasaan hampa dan gampang tidak semena mena muncul setelah melihat rambut gua kemain lagi dah macam bulu ketiak berserabai. cis! Padahal gua dah tepek berbotol botol sunsilk silky smooth & manageable. Nampak tak betapa ganasnya gua tidur?

Aktiviti wajib pagi Ahad mesti sarapan kat luar. Camtaek betei bila si kenet gua memandai mandai plan nak sarapan Mekdi. Wei, tahu tak sarapan apa yg paling worst di dunia? Sarapan di mekdi laaa! Pergh gua rasa macam usus gua dihiris nipis nipis saat kene manghabiskan burger liat yang tak sedap tu. Tapi kalau pancake dia oke, gua bagi 4 bintang. Sodap kemain, padahal balik rumah kalau bancuh tepung tak sampai 5 minit dah siap. Nampak tak betapa bahangong nya gua? hmm..

Si kenet gua.
K thanks sebab baca luahan jiwa dan raga gua pada hari ini. Gua bla dulu sebab nak pergi kahwin. Maaf typo. Maksud gua kenduri kahwin. 

*Ekceli gua dah rasa macam bapok pendek bila pakai baju kurung, tercalar kejantanan dan kehenseman gua bila pakai baju kurung* wkakakakaka x)

p/s: Gua ada nama baru. Dibaninja. Dicipta khas oleh Orang minyak. Say hai to orang minyak!! kbai.

No comments:

Post a Comment