gua ada azam baru.

assalamualaikum

ehem ehem. grrrr err err emm hmm.. brr..ha okay..pfft! ah shizzz betei. omg omg segannya segannya! cemana nak start intro ni cemana? haa masa gua taip assalamualaikum atas tu tadi, jam tengah menunjukkan tepat pukul 12 a.m. pertama sekali gua nak ucapkan terima kasih beribu ribu lemon, eh tanak lemon nak durian, okay terima kasih beribu ribu durian kepada awek upm atas peng-update-an beliau  di entry lepas. me is terharu lah babe. kahkahkah *baling kasih sayang*. k k dah cukup. memandangkan ni entri pertama gua untuk tahun 2013 ni jadi gua nak buat satu azam baru. 

untuk pengetahuan engkorang seme, gua dah taknak dah ber gua gua lagi di dunia blog ni. gua bukan apa, memandangkan sekarang ni umur gua pun dah menjangkau ke era 19-an, gua rasa ada baiknya gua berubah.sebenarnya, gua baru tahu yang blog gua ni turut dibaca oleh golongan memakcik dalam lingkungan umur yang tarafnya dah boleh jadi mak mertua dah. serius gua rasa macam nak lempar sebijik sebijik buah durian kat muka sendiri bila tahu memakcik ni baca blog gua. kat depan gua kemain lagi inesen je dendorang ni. macam tak tahu pape je. belakang gua rupanya siap jadi follower lagi. haaa kau~ kemain... tsktsktsk.. :"0 

entah apa lah perspektif memakcik ni bila baca sesatu ayat gua. herghh!! lagi sedih kalau makcik tu ada anak teruna hensem hensem kacak lagi bergaya, herghh lagi hampa! confirm confirm nama gua dah di senarai hitamnya. herghhh lagi sekali! *tertunduk...air mata menitis*

jadi entry ni gua tujukan eh opss saya tujukan khas buat memakcik di luar sana dengan ucapan "hai saya budak baik, mohon jangan terpedaya dengan entri lelama saya, sebenarnya bukan saya yang taip tu, tapi ermm err entah lah entah sape taip tah saya pun tak tahu, mohon jangan senarai hitam saya okay? hiks" 

baiklah, sekian sahaja nukilan dari saya. sekarang saya nak membuta. lain kali kita menaip lagi. banyak sangat menaip karang kurus pulak jari saya. ha sape nak bertanggungjawab?! xoxo bababababai.

ni gua punya kekasih gelap yang tak berapa nak gelap.

ni pulak makwe baru gua. next entri gua story pasal dia okay. dah pergi tidur! *bebulatkan mata*