macam tetahun lepas kalau masuk je bulan ramadhan, gua memang suka buat drama bersiri yang tak diiktiraf jakim. sampai berapa episod tu jangan tanya lah, gua hempuk lu karang. eii gua nak guna kata ganti diri 'aku' lah ye. kang ada jugak calon calon mak mentua yang kensel lepas baca entry aku ni kang.
so, petang tadi aktiviti aku cuma sibuk bebaring goyang kaki makan corntoz sambil memikirkan masalah diri, negara dan seterusnya bersambung ke masalah nak makan apa sahur esok. tetibe aku tersentak bila terdengar bunyi whatsapp masuk lantas, aku pun capailah semat phone aku tu dengan angkuhnya! jap jap bunyi whatsapp masuk tu bukan lah maksudnya whatsapp tu ketuk pintu cakap "woi jejaga nama gua whatsapp! gua nak masuk ni!" bukan... maksud aku bunyi notification yang menandakan ada whatsapp masuk lah. hoi kau faham tak ni?!
lepas dah capai phone tu aku pun baca la text yang baru masuk. heh dari puan mama rupanya. macam tetahu je apa yang sedang bermain di benak fikiran aku pada ketika itu. dasar pengstalker minda. heh heh *senyum sinis* jap jap. apa beliau hantar?! malas aku nak taip. kau baca ah sendiri. sakit hati dia tu boleh buat modal merajuk tanak balik rumah sampai raya jugakla!! *jerit hantar kat wechat*
KEMAIN BOSA KOTAM! hmm abaikanlah jam 10.36..37..38 tu. semat phone aku ni memang antik sikit. dalam kata sopan dah jahanam. dem. ni kalau si rain tahu ni mau dibahannya gua sepanjang ramadhan ni. takpelah nanti aku kumpul duit raya aku beli iPhone 6. jaga kau jaga kau.
tahun ni dah masuk ramadhan kedua aku berpuasa di hostel. syukur alhamdullilah masih diberi peluang untuk merasai kedatangan Ramadhan tahun ni, insyaAllah. lagi satu aku pun mungkin banyak salah kat kau semua secara tersengaja atau tidak kan, jadi aku nak mohon maaf zahir batin kalau ada khilaf dan salah mohon dimaafkan. so yeah keep praying and may Allah increase our iman and accept our ibadah. okay gua nak pergi tarawih dulu ni, jap lagi jumpa luar masjid gua ada beli 3 kotak mercun bola ni. heh heh! jangan lupa baca niat puasa!
p/s: ni juadah bersahur gua. Aussie ada jual? ha? ada? tak ada. kahkahkah pergi makan kari kangaroo la wei