lagi dua hari dah nak masuk bulan puasa. ini bermakna para ustaz dan ustazah wannabe di twitter barangkali sedang bertungkus lumus memerah idea untuk menghasilkan tweet tweet ilmiah yang berkualiti sempena bulan penuh barakah ni.
baguslah, bukan ke salah satu dari tiga perkara yang akan kita bawa bersama masa mati nanti ialah ilmu yang dimanfaatkan? ilmu yang disebarkan dan dalam konsep yang cuba aku sampaikan ni ialah imu yang disebarkan melalui laman sosial yakni ilmu yang ditweet dan diretweet retweet retweet sampailah orang islam kat africa sana pun boleh baca tweet kau. kira macam kalau kau masuk pertandingan tu kira tweet kau tu dah berjaya sampai ke peringkat global la.
sembang pasal bulan puasa, gua agak bimbang jugaklah memikirkan kondisi gua sepanjang ramadhan tu nanti. yelah, bukan apa...walaupun gua berfizikal seperti seorang pesakit anneroxa, tapi kalian janganlah terpedaya sangat. nafsu makan gua ni sebenarnya kurang sikit je dari diet seekor raksasa. dalam laci meja gua kat hostel tu bekalan cikedis, chip kentang coklat dan segala jenis makanan tak berkhasiat memang tak pernah putus la. cuma bekalan elektrik je haram jadah asyik terputus. hari hari abang abang technician naik sampai aku pun dah cam muka muka technician ni. tinggal belum mintak nombor je.
so sempena bulan puasa yang bakal tiba ni, gua dah sesiap practise puasa sunat. bajet bajet nanti takde la penghuni perut banglo gua ni terkejut sangat tetiba bekalan makanan diorang disekat. kang tak pepasal ada pulak berlaku rusuhan dalam perut ni.
motif gambar? antara hiburan kecil untuk kalian masa puasa nanti. ehee selamat berpuasa dengan hensemnya! bye